Sunday, February 28, 2010

Peta Lokasi

Darussyifa' Cawangan Bertam, Pulau Pinang beroperasi di Surau At-Taqwa, Taman Bertam Indah, Kepala Batas. Surau At-Taqwa ini juga turut digunakan sebagai tempat pelajar-pelajar Darussyifa' Cawangan Bertam, Pulau Pinang menjalani kursus Pengubatan Islam Darussyifa'. Buat masa ini, pelajar-pelajar Darussyifa' Cawangan Bertam, Pulau Pinang yang menjalani kurusus Pengubatan Islam Darussyifa' merupakan pelajar dari Kumpulan Kedua untuk tahun pengajian 2010/2011. Bagi mewakili pihak AJK Darussyifa' Cawangan Bertam, Pulau Pinang, kami mengalu-alukan niat murni ustaz² dan ustazah² sekelian yang ingin menyertai keluarga Darussyifa' dan kami juga ucapkan selamat menjalani kursus Pengubatan Islam Darussyifa', semoga usaha ini mendapat rahmat dari Allah s.w.t hendaknya.

Di Surau At-Taqwa ini, pada setiap hari Jumaat selepas solat Isya' turut diadakan sessi rawatan untuk segenap lapisan masyarakat. Sessi rawatan akan hanya dimulakan selepas majlis bacaan surah Yasin dan zikir oleh perawat-perawat Darussyifa' Cawangan Bertam, Pulau Pinang yang hadir. Sesiapa yang hadir boleh turut meletakkan botol-botol air atau herba-herba yang dibawa di tempat khas yang disediakan, untuk sama-sama mencari keberkatan dalam majlis berkenaan. Buat masa ini di Surau At-Taqwa ini terdapat ramai perawat-perawat Darussyifa' Cawangan Bertam, Pulau Pinang yang bergerak aktif menyertai aktiviti merawat memandangkan di Negeri Pulau Pinang ini masih belum ada Klinik Darussyifa' lain yang diluluskan selain dari Klinik Darussyifa' Cawangan Bertam.

Selain daripada merawat pesakit, Darussyifa' Cawangan Bertam, Pulau Pinang juga turut menganjurkan aktiviti khidmat masyarakat dan aktiviti merawat bangunan, kedai dan sebagainya. Untuk tujuan ini, sesiapa yang berminat perlu menghubungi AJK Darussyifa' Cawangan Bertam, Pulau Pinang yang telah dilantik untuk tujuan permohonan. Dimaklumkan di sini, Darussyifa' Cawangan Bertam, Pulau Pinang bergerak secara "jemaah", sekiranya ada orang-perseorangan lain yang mengaku dari Darussyifa' dan ingin mengadakan aktiviti yang bersangkut-paut dengan rawatan, sila dapatkan pengesahan terlebih dahulu daripada AJK Darussyifa' Cawangan Bertam, Pulau Pinang yang telah dilantik.

Anda tidak perlu bimbang tentang soal bayaran, kerana aktiviti Rawatan Darussyifa' Cawangan Bertam, Pulau Pinang dilakukan secara "PERCUMA". Ini merupakan tradisi Darussyifa' yang telah diamalkan sejak dari dulu lagi, sesuai dengan pesanan guru kami, Tuan Guru Dr. Haron Din. Di bawah ini merupakan lokasi Surau At-Taqwa tempat di mana kami beroperasi (Ambil Exit Bertam dari Lebuhraya Utara Selatan). Sila klik pada gambar untuk besarkan.